July 10, 2020

MRDIY Tawar Lebih 1000 Peluang Pekerjaan

MRDIY-Tawar-Lebih-1000-Peluang-Pekerjaan

KUALA LUMPUR: — Syarikat peruncitan terkemuka di negara ini, MR DIY menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara bagi menampung keperluan bagi kepakaran berkaitan yang semakin meningkat di semua rangkaian kedai dan ibu pejabatnya di Selangor.


Pengarah Urusannya Adrian Ong dalam satu kenyataan berkata dengan lebih 600 kedai di seluruh negara, terdapat kekosongan jawatan untuk diisi oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran berkaitan.

“Sebagai peruncit bagi produk penting dan pembaikan rumah yang pesat berkembang, MR DIY telah berjaya mengekal dan menambah bilangan tenaga kerja bagi menyokong ekonomi Malaysia,” katanya.

Tawaran bagi mengisi jawatan kosong itu, yang dibuka selama tiga bulan mulai 1 Jun, turut menggalakkan individu kurang upaya untuk memohon dan syarikat menawarkan faedah menarik termasuk liputan perubatan, diskaun staf, kenaikan gaji tahunan serta bonus, lawatan tajaan syarikat serta peluang perkembangan kerjaya dan kemajuan diri.

[Dah Baca?] 14 Perkara Wajib Check Lepas Terima Offer Letter Kerja


Ong berkata MR DIY gembira kerana berada dalam kedudukan yang dapat menarik minat pencari kerja yang meninjau peluang untuk membina kerjaya jangka panjang serta mengalu-alukan individu yang cerdas, bersemangat dan sanggup bekerja keras untuk menyertai pasukan mereka di ibu pejabat atau rangkaian kedai di seluruh negara.

Calon perlu berusia 18 tahun dan ke atas serta memiliki ijazah atau diploma (bagi jawatan penyelia ke atas) atau Sijil Pelajaran Malaysia (bagi jawatan juruwang dan promoter).


“Selain itu, terdapat pelbagai jawatan kosong di peringkat pengurusan pertengahan dan kanan, eksekutif serta pegawai bagi graduan baharu di pelbagai jabatan di ibu pejabat syarikat,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan pekerja, sila layari laman sesawang MR D.I.Y  serta akaun media sosialnya di Facebook, Instagram dan Linkedln.


Sumber BERNAMA

error: