July 10, 2020

5 Seksyen Penting Wajib Ada Dalam Resume. Tertinggal Satu Bakal Di-Reject!

Seksyen-Penting-wajib-ada-dalam-resume-by-Nakkerja-online

5 Seksyen Penting Wajib Ada Dalam Resume. Tertinggal Satu Bakal Majikan Konfem Reject! | Resume adalah satu dokumen penting untuk dibawa semasa menghadiri temuduga. Sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta. Selain dokumen penting seperti kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan, kolej dan universiti.

Resume merupakan dokumen paling penting bakal majikan akan menilai seseorang sebelum diambil bekerja.


Nak Kerja! Sangat berminat ingin kongsikan 5 Seksyen penting yang Wajib ada dalam resume mohon sesuatu kerja. Sebagai orang yang nak mencari pekerjaan tetap dan baik untuk meneruskan kehidupan, Resume yang padat dan ringkas adalah resume yang ada 5 seksyen penting yang sangat-sangat dipandang bakal majikan yang akan menemuduga kita.

5 Seksyen Penting Wajib Ada Dalam Resume

Apa yang Penting dan Wajib ada dalam resume? Ingat, tahun 2019 bakal berakhir. 2020 adalah tahun dimana semua orang sudah faham cara buat resume yang baik dan ringkas.

#1 Pengenalan Diri

– Nama penuh pemohon (Nama seperti dalam IC)
– Alamat Lengkap
– Gambar saiz passport
– No. Telefon
– Email (pastikan email anda ada nama anda)
contoh: nama ic – Ahmad Bin Asyraf , email – ahmad.asyraf@gmail.com atau ahmadasyraf@gmail.com atau ahmad_asyraf@gmail.com


#2 Latarbelakang Pendidikan

– Kelayakan pendidikan anda misalnya tahap tertinggi anda belajar dalam peringkat Ijazah, pasti dahulukan yang peringkat tertinggi

– Jika anda mempunyai diploma untuk pendidikan tertinggi. Letakkan pendidikan tertinggi Diploma sebagai yang tertinggi

– Jika paling tinggi pun hanya ada STPM / STAM. Letakkan juga ia sebagai tertinggi dan diikuti dengan SPM

[Dah Baca?]  5 Kesilapan Klise Resume Bakal Majikan Sangat Tak Suka Untuk 5 Saat Pertama


#3 Pengalaman Kerja

– Pengalaman kerja yang pernah anda lakukan. Tak kisah kerja yang paling bawah sekalipun seperti contoh kerja sebagai pam minyak atau promoter jualan

– Jika anda baru saja graduasi, anda wajib senaraikan pengalaman anda di Latihan Industri.
(tips: bakal majikan nak tengok part ini jika anda baru saja tamat belajar)

#4 Aktiviti Kokurikulum

– Senaraikan persatuan/ kelab yang pernah ada dan nyatakan jawatan jika ada beserta tahun anda sertai

– Sebagai contoh. Pernah menyertai aktiviti ilmiah seperti debat, pidato, nasyid dan sukan seperti kejohanan bola sepak, bowling dan sebagainya. Senaraikan saja. (tips: bakal majikan suka pekerja yang aktif)


#5 Skill / Kemahiran

– Senaraikan skill atau kemahiran yang anda ada misalnya seperti Microsoft Word/ PowerPoint/ Excel, AutoCAD dan sebagainya

– Senaraikan kursus softskill yang pernah ambil misalnya seperti bahasa Mandarin, Arab, Indian dan blogging serta programming yang anda minat

Inilah antara perkara yang anda perlu titikberatkan untuk penulisan resume anda.

Jangan ambil mudah perkara ini! Jangan ambil tak cakna!

Plan Masa Depan Anda. Jika anda Nak Berjaya, Nak Tahu Lagi Tips Rahsia..

..di bawah adalah link Rahsia Resume Kerja untuk apa jua jawatan di sektor kerajaan dan swasta yang boleh dijadikan panduan buat anda dan juga kawan baik anda.

https://nakkerja.online/resume

Portal blog Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Seluruh Malaysia ingin mengucapkan Tahniah kerana anda telah sampai ke blog ini dan akhirnya Berjaya dalam temuduga kerana telah mendapatkan Panduan Rahsia Resume Lulus Kerja untuk apa jua pekerjaan di luar sana.

error: